Sesi Perjumpaan YB Tuan Sallehen bin Mukhyi Di Pihak Berkuasa Tempatan

Pada 22 Oktober 2013 baru-baru ini, bertempat di Bilik Mawar, MDSB telah diadakan sesi perjumpaan dan lawatan rasmi Y.B Tuan Sallehen bin Mukhyi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan dan Pembangunan Desa ke MDSb.

Sesi perbincangan adalah berkaitan membangunkan pusat Agropolitan Daerah Sabak Bernam, meningkatkan produktiviti tanaman padi dengan mengekalkan kawasan tanah kelas 2 sawah padi di bawah dasar Keselamatan Negara dan Sekuriti Makanan, unjuran pertanian dengan memperkukuhkan dan membangunkan sektor IKS, ternakan dan perikanan serta asas tani. beliau juga turut menyentuh isu sosial yang perlukan perhatian termasuk isu kemiskinan dikalangan nelayan dan umur yang mengikat di kalangan pesawah padi dan keluasan-keluasan tanaman padi akan dikekalkan sebagai salah satu jelapang padi utama negara dan dasar negeri dengan usaha meningkatkan pelaburan berasaskan pertanian ke Daerah Sabak Bernam selaras dengan Rancangan Tempatan Daerah (RTD) 2025.

Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada Tuan Zailani bin Kadir, Yang Dipertua MDSB dan taklimat disampaikan oleh Encik Awaluddin bin Zakaria selaku Setiausaha Majlis Daerah Sabak Bernam. Dalam taklimat berkenaan setiausaha menyampaikan maklumat latar belakang Majlis Daerah Sabak Bernam, Misi dan Visi MDSB, keluasan kawasan pentadbiran, pendapatan dan belanjawan, fungsi dan tugas utama dan disusuli dengan ucapan Y.B Tuan Sallehen bin Mukhyi (Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa). Diantara sesi taklimat oleh Y.B Tuan Sallehen bin Mukhyi adalah berkenaan isu pertanian dan ekonomi desa selaras dengan portfolio yang berhormat.

Antara tetamu yang hadir pada program tersebut adalah Ahli-ahli Majlis Daerah Sabak Bernam, Ketua-Ketua Jabatan Daerah yang terlibat iaitu Jabatan Perhilitan, Jabatan Vaterinar, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian dan Persatuan Nelayan serta Pegawai-pegawai dalam MDSB.

Disclaimer : Sabak Bernam District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Best View : Best viewed using latest browser Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution of 1366 x 768.