Legislation

Akta Penerangan
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
  • Akta ini digubal bertujuan untuk memperincikan mengenai penubuhan, peranan, perjalanan dan kuasa Kerajaan Tempatan seperti yang telah diperuntukkan oleh undang-undang.
  • Ia berfungsi sebagai akta penting bagi pembentukan sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis). Ia mengawal segala urusan dan perjalanan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan, menentukan mengenai bidangkuasa dan tindakan penguatkuasaan, menggubal undang-undang kecil, menjelaskan punca-punca hasil dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan Pihak Berkuasa Tempatan.
Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 (Akta 133)
  • Akta ini digubal untuk mengawal aktiviti pembinaan dan projek pembangunan di dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan jalan, parit dan bangunan.
  • Sebarang penyediaan dan pembinaan jalan, parit dan bangunan serta kerja-kerja tanah perlu mematuhi piawaian kelulusan dan garis panduan yang telah ditetapkan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan penduduk terjamin dan terpelihara.
Akta Perancangan Bandar & Desa 1976 (Akta 172)
  • Akta ini digubal bertujuan untuk memastikan perancangan dan projek pembangunan yang dijalankan di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan berada di dalam keadaan teratur dan tersusun mengikut zon dan kriteria yang telah ditentukan.
  • Ini penting supaya setiap pembangunan yang dirancang bersesuaian dengan kondisi setempat serta seiring dengan peredaran kemajuan semasa.
Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663)
  • Akta ini digubal bagi melancarkan dan memperkemaskan hal-hal yang berkaitan urusan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama dengan sempurna.
  • Ia memperincikan kuasa dan tanggungjawab pihak-pihak berkaitan ke arah penyenggaraan dan pengurusan Bangunan dan Harta Bersama yang teratur dan berkesan.
Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)
  • Akta ini digubal untuk memudahkan pecah bahagian bangunan kepada petak-petak dan pelupusan hakmilik-hakmilik berdaftar.
  • Ia bagi memastikan keseragaman undang-undang dan dasar berkenaan pemegangan petak-petak dalam bangunan, pendaftaran hakmilik yang berhubungan dengan petak-petak dalam bangunan, pemindahmilikan petak-petak dalam bangunan, pajakan-pajakan dan gadaian berkenaan petak-petak dalam bangunan serta hak dan kepentingan dalam bangunan.

Disclaimer : Sabak Bernam District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Best View : Best viewed using latest browser Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution of 1366 x 768.