Majlis Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Tourism Selangor dan beberapa agensi yang terlibat telah menganjurkan Program ‘Wings Of KKB 2013 : Selangor Bird Race'. Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk menanam sifat cintakan alam semulajadi dan menghargai serta memulihara flora dan fauna yang terdapat di Malaysia selain mempromosikan Hulu Selangor di kalangan pengunjung. Program ini berbentuk lebih kepada mengenal flora dan fauna yang terdapat di kawasan Hulu Selangor, antaranya mengenal spesis burung.ÂÂ
Antara spesis burung yang terkenal adalah seperti berikut :-
- Merbah Kapur (Yellow-vented Bulbul)
- Pekaka Dusun (White-throated Kingfisher)
- Murai Kampung (Oriental Magpie-robin)
- Layang-layang Rumah (House Swift)
- Matahir Kelabu (Ashy Minivet)
- Ciak Rumah (Eurasian Tree-Sparrow)
- Ciak Padang (Paddyfield Pipit)
- Pucong Bendang (Cinnamon Bittern)
- Pipit Pinang (Scaly-breasted Munia)
- Enggang (Hornbill)ÂÂ
Seramai 27 pasukan telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah, universiti dan agensi-agensi pencinta alam. Hanya satu pasukan dari PBT iaitu MDSB. Pertandingan ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu :-
- Kategori Terbuka (7 Penyertaan)
- Kategori Sekolah Menengah; (10 Penyertaan) dan
- Kategori Sekolah Rendah (10 Penyertaan).
Kategori Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah masing-masing telah disertai dengan 10 pasukan. Manakala kategori terbuka disertai oleh 7 pasukan terdiri daripada sepasukan pelajar universiti, 5 pasukan dari NGO dan wakil dari PBT iaitu MDSB terdiri dari Encik Ismail Fairiz bin Basiron, Encik Md. Kamal bin Arshad, dan Encik Jaafar bin Khosni.
Setiap pasukan mempunyai 3 orang ahli. Program 3 hari bermula pada 10 Mei 2013 (Jumaat) dan berakhir pada 12 Mei 2013 (Ahad).
Program bermula pada 10 Mei 2013 (Jumaat) di Dewan KKB telah membentangkan Kertas Kerja mengenai alam semulajadi dan taklimat asas mengenai program yang dianjurkan di Dewan KKB. Keesokan harinya pada 11 Mei 2013 (Sabtu) telah diadakan pelepasan untuk kategori ‘Explorace' para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang terdiri dari 4 ‘check-point' untuk mengenal pasti spesis burung di kawasan ‘check-point' terpilih.
Tepat jam 12.00 tengahari, para peserta Kategori Terbuka telah dilepaskan oleh Setiausaha MDHS, Encik Azman bin Dahlan selepas diberi taklimat ringkas oleh Puan Azlina binti Mokhtar mengenai ‘Explorace'. Sebanyak 10 ‘check-point' disediakan oleh pihak penganjur dan bagi kategori terbuka diberi tempoh sebanyak 24 jam untuk mengenal pasti spesis burung dan akan berakhir tepat 12.00 tengahari keesokan hari untuk penyerahan ‘Log Book' peserta. 8 ‘check-point' perlu dilalui oleh setiap peserta pada hari tersebut. Antara ‘check-point' yang dilalui ialah :-
- Kuala Kubu Bharu;
- Taman Millenium;
- Hulu Tamu; dan
- Sungai Kedondong.
Terdapat pelbagai spesis burung yang berbeza disetiap ‘check-point' yang dilalui oleh kumpulan peserta. ‘check-point' 8 berakhir di Sungai Kedondong dan tamat pada jam 6.00 petang.Jam 8.00 malam, para peserta diraikan dalam malam ‘Gala Dinner' di Awana Resort World Genting bersama tetamu jemputan yang telah dihadiri oleh Yang Dipertua MDHS, Tourism Selangor dan Pengarah Urusan Resort World Genting dan tetamu jemputan yang lain.
Pada 12 Mei 2013 (Ahad) program ‘Explorace' Kategori Terbuka bersambung untuk baki 2 ‘check-point' yang perlu dilalui di kawasan Resort World Genting. Explorace tamat jam 12.00 tengahari di Padang berhampiran Awana Resort World Genting.
Penyampaian hadiah untuk peserta Kategori Pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah beserta cabutan bertuah. Penyampaian hadiah untuk peserta Kategori Terbuka di sampaikan oleh Yang Dipertua MDHS di Dewan Burung Kenari Resort World Genting jam 3.00 petang. Peserta MDSB telah mendapat tempat ke-6 secara keseluruhan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada peserta yang menyertai program ini dan berharap pertandingan seumpama ini akan diadakan pada tahun hadapan memandangkan penganjuran program seperti ini dapat sambutan yang menggalakkan.