PROGRAM KAYUHAN BES JELAJAH SELANGOR 2013 PERINGKAT DAERAH SABAK BERNAM

Pada 16 Mac 2013 (Sabtu) bertempat di Dataran Tonggak 10 Sungai Besar, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan dengan kerjasama Majlis Daerah Sabak Bernam telah menganjurkan Program Kayuhan Jelajah BES Selangor 2013 Peringkat Daerah Sabak Bernam. Seramai lebih 400 orang peserta telah menyertai kayuhan berbasikal ini melalui kelab berbasikal mahupun individu.

Antaranya, Kelab Berbasikal Sepintas, TiRiders, MBSA, KSCC, PPDSB, DePelezeet, Sg. Tengi Cycling Team dan banyak lagi. Kategori kayuhan terbahagi kepada dua iaitu Kategori Terbuka sebanyak 50km dan Kategori VIP dan Wanita sebanyak 10km. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Y.B Tuan Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Yang Dipertua MDSB, Ahli-ahli Majlis dan tetamu jemputan yang lain. Sebanyak 156 hadiah cabutan bertuah telah diberikan kepada peserta program.

Disclaimer : Sabak Bernam District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Best View : Best viewed using latest browser Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution of 1366 x 768.