PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT JABATAN MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM BAGI TAHUN 2015

Pertandingan Inovasi Peringkat Jabatan Majlis Daerah Sabak Bernam diadakan pada 13 Julai 2015 bersamaan 26 Ramadhan 1436H bertempat di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar. Setiap kumpulan dinilai oleh tiga orang panel hakim iaitu Encik Azli bin Jamal dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, SUK, Encik Shahrizan bin Mohd Razali dari Politeknik Sultan Idris Shah dan Puan Norawati binti Masri dari Kolej Komuniti Sabak Bernam. Bilangan peserta yang menyertai pertandingan tersebut adalah seramai 80 orang yang mewakili 18 kumpulan dan 18 jenis produk inovasi yang dipertandingkan seperti dibawah:

  1. Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta: Papan Bertingkat
  2. Bahagian Kawal Selia: Flexi Excavator 2
  3. Jabatan Pembangunan Masyarakat: Sistem Semakan Tempahan Dewan
  4. Jabatan Penguatkuasaan: Multi Trap
  5. Unit Korporat dan Perhubungan Awam: Memproses, Memantau Aduan dan Mengeluarkan Maklumbalas Aduan Lebih Mesra dan Efisien
  6. Unit Audit Dalam dan Unit Perundangan : Tagging Pekeliling
  7. Unit Audit Dalam dan Unit Perundangan : Sistem Daftar Surat (SDS)
  8. Unit Audit Dalam dan Unit Perundangan : Kalender UUK dan Kompaun MDSB
  9. Unit Audit Dalam dan  Unit Perundangan : Rekod Daftar dan Status IP
  10. Jabatan Perbendaharaan : Penambahbaikan Sistem Semakan Pembayaran
  11. Jabatan Khidmat Pengurusan : Mudah Cari Fail (MCF)
  12. Jabatan Kawalan Bangunan : Panduan Ubahsuai Bangunan
  13. Bahagian Teknologi Maklumat : DOD MySms
  14. Unit Korporat dan Perhubungan Awam Dan Unit OSC: The Galleria
  15. Unit OSC : Template Garis Panduan Melipat Pelan Untuk Permohonan Pemajuan Di MDSB
  16. Jabatan Landskap: Troli 4 Dalam 1
  17. Jabatan Perancangan: ‘Information Corner'
  18. Jabatan Kejuruteraan: ‘Led Vest'

Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam, Puan Azlinda binti Azman yang diiringi oleh Setiausaha Majlis Daerah Sabak Bernam, Encik Awaluddin bin Zakaria. Antara pemenang adalah seperti berikut :

  1. Johan: Flexi Excavator 2 (Bahagian Pentadbiran dan Kawal Selia)
  2. Naib Johan: Multi Trap (Jabatan Penguatkuasaan)
  3. Tempat Ke-3: Troli 4 Dalam 1 (Jabatan Landskap)
  4. Kategori Produk Inovasi Terbaik: Flexi Excavator 2 (Bahagian Pentadbiran dan Kawal Selia)
  5. Kategori Kreativiti Terbaik: The Galleria (Unit Korporat danPerhubungan Awam Dan Unit OSC)
  6. Kategori Persembahan Terbaik: Multi Trap (Jabatan Penguatkuasaan)
  7. Anugerah Khas Juri: Unit Perundangan dan Unit Audit Dalam

Kehadiran bagi pemerhati sepanjang pertandingan ini berlangsung adalah seramai 56 orang. Pertandingan ini tamat pada pukul 3.00 petang.

Disclaimer : Sabak Bernam District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Best View : Best viewed using latest browser Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution of 1366 x 768.

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi