Pertandingan GP Memancing Selangor Di Pantai Sungai Lang

Pada 30 Jun Baru-baru ini telah diadakan Pertandingan GP Memancing Selangor 2013 bertempat di Pantai Sungai Lang, Sabak Bernam. Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa bersama Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Wakjali Event Management telah menganjurkan Pertandingan tersebut. Pertandingan yang diadakan adalah untuk menarik sebahagian besar kaki pancing bagi merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah hampir RM70,000.00 beserta hadiah bonanza dan cabutan bertuah yang menanti pemenang.

Setiap peserta yang mendaftar dikenakan yuran penyertaan RM90.00 untuk setiap joran. Kaunter pendaftaran telah dibuka mulai 29 Jun. Seramai lebih kurang 850 peserta telah menyertai pertandingan ini. Pelepasan pertandingan telah disempurnakan oleh Encik Md Zali Kasran dan Encik Muri Tosrip tepat jam 8.00 pagi.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Haji Sallehen bin Mukhyi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa. Antara tetamu jemputan yang hadir ialah wakil dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan, kakitangan MDSB dan JKKK Sungai Lang.

Pemenang bertuah yang memenangi hadiah wang tunai RM40,000.00 dimenangi oleh Encik Ibrahim bin Kasan yang telah menangkap ikan jenis sembilang seberat 0.590kg. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Puan Siti Kamariah binti Mohamed Sabari yang mendapat ikan jenis sembilang seberat 0.480kg memenangi wang tunai RM12,000.00 dan ketiga RM6,000.00 dimenangi oleh Encik Mat Alwi mendapat ikan jenis pari seberat 0.305kg.

Pemenang tempat ke-4 hingga ke-10 memenangi wang tunai RM500.00 manakala tempat ke-11 hingga ke-30 menerima wang tunai berjumlah RM400.00. Cabutan bertuah pula menerima hamper dan Microwave.

Disclaimer : Sabak Bernam District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Best View : Best viewed using latest browser Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution of 1366 x 768.