Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Yang Dipertua MDSB 2017

Majlis Daerah Sabak Bernam telah menganjurkan Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Yang Dipertua MDSB Tahun 2017 setelah sebulan kejohanan ini diadakan. Sebanyak 12 pasukan telah menyertai kejohanan ini dengan dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Pertandingan telah bermula pada 17 April 2017 yang lalu antara Pasukan MDSB (9 – 0) Kesihatan FC. Pada perlawan akhir, pasukan Majlis Daerah Sabak Bernam telah bertemu dengan pasukan Sekinchan FC. Kedua-dua pasukan ini juga adalah pasukan yang sangat menyerlah sepanjang kejohanan ini di dalam kumpulan berlainan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Perlawanan akhir ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Amirudin bin Shari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Negeri Selangor.

Antara tetamu jemputan yang hadir ialah YB Tuan Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan, YDH Dato’ Haji Baharin bin Mat Akhir, Orang Besar Daerah Sabak Bernam, Ahli-Ahli Majlis MDSB, Encik Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha MDSB, Ketua-ketua Jabatan, Pengerusi PeBT, dan Pengurus-pengurus Pasukan Bola Sepak.

Kejohanan telah dimenangi oleh Pasukan MDSB (3 – 1) Sekinchan FC.

Berikut merupakan keputusan perlawanan kejohanan :-

Johan: MDSB

Naib Johan : Sekinchan FC

Ketiga: U21 Sungai Besar

Keempat: MNS FC

Penjaring Terbanyak: Noor Azizi bin Sobari (MDSB)

Penjaga Gol Terbaik : Mohd Amimi bin Azman (MDSB)

Pemain Terbaik: Yunus bin Mohd Kasim Subramaniam (MDSB)

Johan telah menerima wang tunai RM3,000.00, Medal dan Piala Pusingan, Naib Johan pula menerima RM2,000.00 dan Medal, Ketiga menerima RM1,500.00 dan Medal, dan  Keempat menerima RM1,000.00 dan Medal. Hadiah kejohanan telah disampaikan oleh YB Tuan Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan.

Disclaimer : Sabak Bernam District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Best View : Best viewed using latest browser Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution of 1366 x 768.