PERHIMPUNAN PAGI KAKITANGAN BERSAMA TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM KALI KE 2 TAHUN 2013

Pada 28hb Mac 2013, Perhimpunan Pagi bersama Tuan Yang Dipertua, Ahli Majlis dan kakitangan MDSB, bagi kali ke dua telah diadakan di Dewan Sri Bernam, Sungai Besar.

Tujuan program diadakan bagi mengeratkankan silaturrahim dan ruang YDP untuk menyampaikan amanat, nasihat kepada semua warga MDSB supaya menjalankan tugas dengan sempurna.

Program  dimulakan, dengan persembahan kior yang membawakan 3 buah lagu rasmi iaitu Lagu Negeri Selangor, Lagu Negaraku dan Lagu Gemilang MDSB. Diikuti dengan bacaan doa dipimpin oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Mokhtar. Bacaan Ikrar `Perkhidmatan Awam' pula dipimpin oleh Encik Mohd Saiful Syafiq bin Ahmad daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan.

Dalam perhimpunan ini juga turut diadakan majlis penyampaian Anugerah 5S Zon Terbaik untuk 2 kategori iaitu Kategori Pemenang terbanyak (3 kali kemenangan) adalah Zon Pirana, manakala bagi kategori Sentiasa Amal adalah Zon Patin dan Zon Terbaik adalah Zon Bawal dengan markah diperolehi sebanyak 95%. Hadiah Johan berupa hamper bernilai RM 50.00 dan Piala Pusingan, bagi Naib Johan Zon Kelisa dengan markah 94% mendapat hamper bernilai RM 40.00 dan tempat ketiga adalah Zon Kelah 93% mendapat hamper bernilai RM 30.00.

Turut disampaikan adalah cenderahati berupa hamper kepada semua Zon 5S semasa audit ketiga yang dijalankan pada 25-26hb Mac 2013 baru-baru ini. Bagi tempat ke-9 Zon Kerapu (88%), dan ke-10 adalah Zon Toman (88%). Manakala Zon Arapaima, Zon Siakap dan Zon Ikan Emas dengan berkongsi markah sebanyak 89%, masing- masing di kedudukan tempat ke-8, ke-7 dan ke-6. Tempat ke-5 pula Zon Patin dengan markah 91%, tempat ke -4 Zon Pirana dengan markah 92%.

Selain itu, turut disampaikan adalah penyampaian sijil dan hadiah Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Sabak Bernam yang telah diadakan pada 20hb Februari 2013 yang lalu. MDSB telah mendapat Johan dalam kategori Sepanduk Terbaik dan tempat ke-3 dalam kategori Perbarisan Terbaik. Penyampaian cenderahti Hari Lahir Ahli Majlis dan  kakitangan bagi Bulan Februari dan Mac 2013 turut diadakan. Sejurus selepas itu, penyerahan tabung kutipan derma untuk Wira Negara, Lahad Datu, Sabah disampaikan kepada Yang Dipertua sebanyak RM 

Disclaimer : Sabak Bernam District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Best View : Best viewed using latest browser Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution of 1366 x 768.

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi