Perhimpunan Pagi Kakitangan Bersama Tuan Yang Dipertua Dan Ahli Majlis

Pada 30hb Disember 2013 telah didakan Perhimpunan Pagi Kakitangan bersama Yang Dipertua dan Ahli Majlis buat kali ke lima untuk tahun 2013. Pada perhimpunan kali ini MDSB sangat berbesar hati menerima kehadiran Y.B Tuan Haji Sallehen bin Mukhyi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa.

Tujuan program diadakan bagi mengeratkan silaturrahim dan ruang YDP serta Y.B Tuan Haji Sallehen bin Mukhyi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa untuk menyampaikan amanat, nasihat kepada semua warga MDSB supaya menjalankan tugas dengan sempurna.

Program  dimulakan, dengan persembahan kior yang membawakan 3 buah lagu rasmi iaitu Lagu Negeri Selangor, Lagu Negaraku dan Lagu Gemilang MDSB. Diikuti dengan bacaan doa dipimpin oleh Encik Basir bin Sahir. Manakala Bacaan Ikrar `Perkhidmatan Awam’ pula dipimpin oleh Encik Mohd Saiful Syafiq bin Ahmad daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan dan tayangan video program MDSB sepanjang Tahun 2013.

Diantara ucapan Y.B Tuan Haji Sallehen bin Mukhyi adalah berkenaan isu semasa tentang kenaikan gaji Exco-exco. Beliau memaklumkan kenaikan gaji dibuat bagi mengelakkan berlaku rasuah. Selain itu juga, beliau turut memaklumkan akan mewujudkan pembangunan dengan kerjasama Nestle bagi meningkatkan ekonomi di kawasan pertanian dan isu kesihatan supaya semua kakitangan menjaga kesihatan terutamanya mengelakkan diri dari penyakit kencing manis dan dijangkiti kencing tikus.

Dalam perhimpunan ini juga turut diadakan sesi pengenalan kakitangan baru di Majlis Daerah Sabak Bernam iaitu Puan Siti Faezah binti Mohd Yusof, Puan Siti Rohani binti Mohd Musanip, Puan Norazila binti Sadjimi dan Puan Kavithaeswary a/p Maniam.  Penyampaian Tokoh Pekerja Januari hingga Jun Tahun 2013 adalah Encik Hamzah bin Abd Rahman daripada Bahagian Penguatkuasaan & Keselamatan. Turut diadakan majlis penyampaian cenderahati hari lahir kepada Ahli Majlis dan kakitangan dan penyampaian pingat Kejohonan Bola Tampar Peringkat Daerah yang diadakan pada 28hb Disember 2013. MDSB memperolehi tempat ke 2 dalam kojohanan tersebut.

Disclaimer : Sabak Bernam District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Best View : Best viewed using latest browser Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution of 1366 x 768.

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi