PENGAUDITAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S OLEH PIHAK MPC KE MDSB

Pada 11HB April 2013, telah diadakan Pengauditan Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di Majlis Daerah Sabak Bernam oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). 

Auditan dilakukan oleh juruaudit Puan Norfaizah binti Abdul Rahman dan Puan Marziah binti Ahmad. Tujuan pengauditan dilakukan adalah untuk  menyambung persijilan 5S untuk tahun ke-3 kerana Sijil 5S akan tamat pada 19hb April 2013 ini. Dan melihat keberkesanan dan konsep 5S yang sentiasa diamalkan di semua Zon. Sebanyak 10 zon terlibat diantaranya, Zon Bawal, Zon Keliasa, Zon Kelah, Zon Pirana, Zon Patin, Zon Ikan Emas, Zon Siakap, Zon Arapaima, Zon Kerapu dan Zon Toman. 

Kawasan pengauditan adalah  di sekitar ruang pejabat, Tempat Simpanan Stor, Tempat Umum, Kawasan Persekitaran MDSB. Audit turut tekankan dari aspek Sistem fail yang seragam, tersusun dan kemas. Selain itu, aspek keselamatan di tempat kerja turut diutamakan selain ‘ reverse parking' turut dimestikan dalam aspek 5S bagi menunjukkan keseragaman, tersusun dan kemas. Sehubungan itu, orang awam dan pelanggan harus turut bersama-sama MDSB untuk mengamalkan Amalan 5S ini.

Selain itu, mana-mana pihak Jabatan/ NGO Yang ingin bekerjasama dengan MDSB untuk mengadakan gotong royong amatlah dialu-alukan bagi sama-sama menjaga persekitaran agar sentiasa bersih seterusnya untuk menyahut amalan 5S ini.

Hasil semakan Audit oleh juruaudit MPC, MDSB disyorkan untuk mendapatkan persijilan 5S untuk Tahun ke-3.

Disclaimer : Sabak Bernam District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Best View : Best viewed using latest browser Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution of 1366 x 768.