MAJLIS SIRIM INDUSTRI 2016

Majlis SIRIM Industri 2016 bermula pada pukul 7.30 malam dan tamat pada pukul 10.30 malam. Objektif majlis tersebut diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan oleh pihak SIRIM kepada organisasi/ syarikat yang telah berjaya memperoleh persijilan di bawah skim-skim persijilan SIRIM dari bulan Oktober hingga Disember 2015 dan Januari hingga Oktober 2016. Majlis Daerah Sabak Bernam telah berjaya memperolehi persijilan ISMS pada 11 Mac 2016.

Majlis ini juga dapat mewujudkan kesedaran orang ramai dan pihak pengguna akan perkembangan terkini mengenai sistem-sistem Pengurusan Kualiti, Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Pelabelan Eko serta Persijilan Barangan. Disamping itu, majlis ini dapat mengeratkan hubungan dan jaringan perniagaan di antara Kumpulan SIRIM, industri tempatan dan antarabangsa serta agensi-agensi kerajaan. MDSB telah menerima Sijil Penghargaan dari SIRIM.

Seramai 10 orang wakil MDSB  yang menghadiri majlis tersebut. Mereka terdiri daripada Puan Yang Dipertua MDSB, Tuan Setiausaha MDSB dan ahli jawatankuasa Pelaksana ISMS MDSB. Ketibaan para tetamu jemputan dan tetamu kehormat bermula pada pukul 7.30 hingga 8.00 malam. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, FASc - Pengerusi SIRIM dan diteruskan dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Malaysia.

Majlis seterusnya diteruskan dengan Pelancaran Makmal Pengujian Fotovoltan. Kemudian, majlis disambung dengan jamuan makan dan persembahan hiburan.  Selepas selesai persembahan majlis diteruskan semula dengan penyampaian sijil penghargaan kepada penerima.

Disclaimer : Sabak Bernam District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Best View : Best viewed using latest browser Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution of 1366 x 768.