Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa MDSB

Pada 1 Ogos 2013 yang lalu, Kelab Sukan , Kebajikan dan Sosial MDSB telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa bagi kakitangan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB). Program ini dianjurkan adalah untuk meraikan sebahagian pekerja MDSB seramai 32 orang yang telah mengambil bahagian dalam program tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan ini.

Majlis dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran oleh 32 orang kakitangan MDSB. Diikuti oleh bacaan Doa Selamat dan Tazkirah oleh Ustaz Abdul Hadi Bin Sulaiman dari Madrasah Al-Muktafiibillah Tanjung Karang. Selesai berbuka Majlis diakhiri dengan Solat Magrib berjemaah.

Majlis ini telah dihadiri oleh Setiausaha MDSB Encik Awaluddin bin Zakaria, Ahli Majlis yang beragama Islam, AJK Kelab Sukan, Qari jemputan dan pekerja MDSB serta keluarga. Kehadiran dianggarkan sebanyak 150 orang. Majlis telah bermula dan berakhir dengan jayanya.

Disclaimer : Sabak Bernam District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Best View : Best viewed using latest browser Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution of 1366 x 768.