Lawatan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ke Sekinchan
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj bersama Tengku Permaisuri telah berangkat melawat Sekinchan pada 22 Mei 2017 (Isnin). Antara kawasan lawatan Tuanku ialah di Restoran Hao Xiang Chi Seafood, Ah Ma House, Galeri Padi, Kilang Khind, Bagan Nelayan Sekinchan dan Kilang MASRI.
Antara tetamu yang mengiringi Tuanku ialah Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman, Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.B. Dato' Iskandar bin Abdul Samad, Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping, Y.B. Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Y.B. Puan Dr. Daroyah binti Alwi, Y.B. Tuan Amirudin bin Shari , Y.B. Tuan Zaidy bin Abdul Talib , YB Tuan Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan, YB Tuan Haji Sallehen bin Mukhyi, ADUN Sabak, Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YDH Dato’ Haji Baharin bin Mat Akhir, Orang Besar Daerah Sabak Bernam, Ahli-Ahli Majlis MDSB, Encik Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha MDSB, Ketua-ketua Jabatan, Ketua Kampung, dan penduduk sekitar.
Aturcara program adalah seperti berikut :-
8.30 pagi
- Ketibaan Para Jemputan dan Tetamu
9.00 pagi
- Keberangkatan Tiba DYMM Sultan Selangor
- Sembah Taklimat oleh Tuan Pegawai Daerah Sabak Bernam
- Santapan pagi
10.00 pagi
- Sesi lawatan bermula – bergerak ke Ah Ma House
10.15 pagi
- Lawatan ke Galeri Padi dan Kilang Padi
10.45 pagi
- Lawatan ke Sawah Padi
11.15 pagi
- Lawatan ke Kilang Khind
11.45 pagi
- Lawatan ke Bagan Nelayan Sekinchan
12.15 tgh
- Lawatan ke Kilang MASRI
- Santapan tengahari
- Penyampaian Cenderahati
1.15 petang
- Bersurai
Contact
Sabak Bernam District Council,
Jalan Besar 45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
G : 3.67613, 100.99063
T : +603-3224 1655 / 1000
E : aduan[at]mdsb[dot]gov[my[
Operation Hours : 8.00am - 5.00pm
Related Links
Follow Us
Visitor Counter
- since 2015 and latest update on : Tuesday 19 August 2025, 21:28:32.
Disclaimer : Sabak Bernam District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.
Best View : Best viewed using latest browser Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution of 1366 x 768.