PEMAKLUMAN PENGHENTIAN PENGELUARAN LESEN PERNIAGAAN PREMIS BURUNG WALIT DI KAWASAN KOMERSIAL
Jumlah paparan: 1807
Merujuk kepada Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) PBT
- Dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) tidak lagi mengeluarkan lesen perniagaan kepada premis burung walit di kawasan perniagaan atau komersial selaras dengan dasar Pihak Berkuasa Negeri Selangor yang telah menetapkan bahawa tempoh pemberian lesen kepada premis burung walit yang beroperasi di kawasan komersial adalah dibenarkan sehingga berakhir tahun 2016 sahaja.
- Pengusaha atau pemilik premis dikehendaki untuk menghentikan operasi dan jika ingin meneruskan aktiviti maka bolehlah berpindah ke kawasan pertanian (selain sawah padi)
- Premis burung walit yang masih beroperasi di atas tanah pertanian sawah padi, lesen perniagaan masih boleh diberikan sehingga berakhir tahun 2020 sebelum penghentian operasi dan dibenarkan berpindah ke kawasan pertanian selain sawah padi.
- Pengusaha atau pemilik premis burung walit di kawasan komersial yang masih menjalankan aktiviti boleh dikenakan tindakan kompaun di bawah kesalahan Seksyen 70 (12) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan,1974 serta mana-mana peruntukan Undang-Undang Kecil MDSB atau Akta Kerajaan Tempatan 1976
- Tempoh operasi sarang burung walit di kawasan pertanian telah mencapai tempoh akhir iaitu pada tahun 2016.
- Mana-mana pengusaha perlu menghentikan operasi dan jika masih berminat untuk meneruskan aktiviti ini, mereka boleh berpindah ke kawasan pertanian selain sawah padi
- Mana-mana pengusaha yang tidak aktif perlu memaklumkan kepada MDSB bahawa premis mereka tidak lagi menjalankan aktiviti premis burung walit dan perlu pengubah semula premis mereka kepada bentuk asal bangunan yang diluluskan mengikut pelan atau tujuan asal
- Pengusaha premis burung walit di kawasan sawah padi mempunyai tempoh sehingga berakhir tahun 2020
Hubungi
Majlis Daerah Sabak Bernam,
Jalan Dewan 45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
G : 3.67613, 100.99063
T : +603-3224 1655 / 1000
E : aduan[at]mdsb[dot]gov[my]
Waktu Operasi : 8.00am - 5.00pm
Pautan Berkaitan
Ikuti Kami
Jumlah Pelawat
00120356
- sejak 2015 dan kemaskini terkini pada : Selasa 19 Ogos 2025, 21:28:32.
Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768