HEBAHAN PERMIT EKSPO RAYA 2022 MDSB

  1. Borang permohonan boleh didapati bermula RABU 23 FEBRUARI 2022 di kaunter Jabatan Pelesenan MDSB. Borang adalah terhad dan dijual pada harga RM 5.00.
  2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas, sihat tubuh badan dan tiada berpenyakit berjangkit dan keutamaan adalah diberi kepada penduduk daerah Sabak Bernam. Seorang pemohon adalah untuk satu petak sahaja.
  3. Pemulangan borang permohonan adalah dibuat di Kaunter Jabatan Pelesenan TIDAK LEWAT ISNIN 7 MAC 2022, disertakan bersama bayaran cagaran pematuhan syarat bernilai RM1,000.00 (tapak khemah besar) dan RM 300.00 (tapak khemah kecil).
  4. Penentuan petak niaga akan diadakan di DEWAN SERI BERNAM, SUNGAI BESAR (atau di PADANG FUTSAL DEWAN SERI BERNAM – tertakluk pindaan) mengikut kategori dan bayaran seperti berikut:
Kategori: Tarikh:
TAPAK KHEMAH BESAR (20’ X 20’) RABU 23 MAC 2022 (9 pagi)
TAPAK KHEMAH KECIL (10’ X 10’) KHAMIS 24 MAC 2022 (9 pagi)

BAYARAN FI PERMIT:
Saiz Khemah Standard Deluxe Premium
Khemah Besar RM2,500.00 RM3,000.00 RM3,500.00
Khemah Kecil RM625.00 RM750.00 RM875.00
  1. Penentuan tapak niaga adalah secara cabutan nama dan diikuti dengan cabutan nombor petak.
  2. Bayaran fi permit hendaklah dijelaskan di kaunter bayaran di lobi MDSB selepas sahaja nombor petak berjaya diperolehi. Salinan resit bayaran hendaklah dikembalikan ke urusetia selepas bayaran dijelaskan.
  3. Bagi pemohon yang tidak berjaya mendapat petak niaga, tuntutan pengembalian cagaran pematuhan syarat boleh dibuat pada hari yang sama. Bagi pemohon yang berjaya mendapat petak niaga, tuntutan pengembalian cagaran boleh dibuat selepas 2 minggu permit Ekspo Raya 2022 berakhir.
  4. Segala arahan atau keputusan berkaitan pandemik Covid-19 adalah tertakluk kepada perubahan semasa Prosedur Pengoperasian Piawai (Standard Operating Procedure - SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan semua peniaga diminta mengambil maklum serta mengikuti SOP MKN yang utama seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup hidung dan mulut, sanitasi anggota badan dan peralatan serta pendaftaran pelanggan melalui aplikasi MySejahtera.

Untuk pertanyaan, sila berhubung ke 0332241655/1000 sambungan 143/144/145 atau ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Urusetia:  Jabatan Pelesenan MDSB.

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015