Perhimpunan Pagi Kakitangan Bersama Tuan Yang Dipertua Dan Ahli Majlis Bil 4 Tahun 2013
Pada 26hb September 2013, Perhimpunan Pagi bersama Tuan Yang Dipertua, Ahli Majlis dan kakitangan MDSB, bagi kali ke- 4 telah diadakan di Dewan Seri Bernam
Tujuan program diadakan bagi mengeratkan silaturrahim dan ruang YDP untuk menyampaikan amanat, nasihat kepada semua warga MDSB supaya menjalankan tugas dengan sempurna.
Program  dimulakan, dengan persembahan kior yang membawakan 3 buah lagu rasmi iaitu Lagu Negeri Selangor, Lagu Negaraku dan Lagu Gemilang MDSB. Diikuti dengan bacaan doa dipimpin oleh Encik Basir bin Sahir. Bacaan Ikrar `Perkhidmatan Awam' pula dipimpin oleh Encik Mohd Hafiz bin Yatimi daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan.ÂÂ
Yang Dipertua, MDSB memaklumkan beberapa perkara utama dalam ucapan beliau iaitu menyeru agar semua kakitangan menjaga disiplin kerja dan memastikan tugas dilaksanakan dengan sempurna. YDP juga berharap agar masalah-masalah jabatan seperti kekurangan kakitangan dapat diatasi dengan sebaik-baiknya. Beliau juga juga berharap agar semua kakitangan melakukan perubahan cara bekerja agar hari ini lebih baik daripada semalam. Dalam perhimpunan ini juga turut diadakan majlis penyampaian cenderahati Hari Lahir Ahli Majlis dan  kakitangan bagi Bulan Julai, Ogos dan September 2013.ÂÂ
Hubungi
Majlis Daerah Sabak Bernam,
Jalan Dewan 45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
G : 3.67613, 100.99063
T : +603-3224 1655 / 1000
E : aduan[at]mdsb[dot]gov[my]
Waktu Operasi : 8.00am - 5.00pm
Pautan Berkaitan
Ikuti Kami
Jumlah Pelawat
- sejak 2015 dan kemaskini terkini pada : Selasa 19 Ogos 2025, 21:28:32.
Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768