|
Program Tazkirah sempena Bulan Ramadhan |
|
Written by Suzyreen
|
|
Aug 27, 2008 at 10:12 PM |
|
MDSB, Satu Program Tazkirah sempena bulan Ramadhan anjuran Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) akan diadakan secara terbuka di Tapak Pasar Malam sekitar Sungai Besar, Sekinchan dan Sabak Bernam. Tazkirah ini bertujuan bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan mengeratkan hubungan sesama manusia. Walaubagaimanapun, program ini akan diteruskan juga walaupun bulan Ramadhan telah berakhir. Ini adalah salah satu daripada saranan Kerajaan Negeri bagi memenuhi masa yang terluang. Program Tazkirah ini dapat didengar dan dihadiri pada ketetapan dan tempat seperti berikut:- | Bil. | Tarikh | Tempat | Masa | | 1. | 26 Ogos 2008 | Tapak Pasar Malam Sungai Besar | 5.00 Petang | | 2. | 27 Ogos 2008 | Tapak Pasar Malam Sekinchan | 5.00 Petang | | 3. | 29 Ogos 2008 | Tapak Pasar Malam Sabak Bernam | 5.00 Petang | Para hadirin dijemput hadir bagi memeriahkan program tazkirah ini. |
|
|
Taklimat Pengurusan Rekod Kerajaan Majlis Daerah Sabak Bernam |
|
Written by Mimi_Azrina
|
|
Aug 21, 2008 at 04:48 PM |
|
 
21 Ogos 2008 (Khamis) – Satu taklimat mengenai Pengurusan Rekod Awam telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bunga Mawar untuk kakitangan Majlis Daerah Sabak Bernam. Seramai 40 orang yang mengikuti taklimat berkenaan. Pegawai yang memberi taklimat berkenaan iaitu Puan Gowri dan Puan Norazlina dari Cawangan Rekod Konvensional Arkib Negara Malaysia. Taklimat pengurusan rekod awam diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan kakitangan dalam pengendalian pengurusan fail. |
|
Last Updated ( Aug 21, 2008 at 04:52 PM )
|
|
Read more...
|
|
|
Sesi Dialog Penduduk Taman Muhibah, Sabak Bernam |
|
Written by Mimi_Azrina
|
|
Aug 21, 2008 at 03:05 PM |
|

16 Ogos 2008 - telah diadakan satu sesi dialog penduduk Taman Muhibah Sabak Bernam bersama MDSB dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd. Dalam sesi dialog berkenaan penduduk Taman Muhibah menyuarakan masalah tunggakan bayaran rumah. En Zulkifli bin Sudin wakil daripada Unit Hasil Pejabat Daerah Sabak Bernam memaklumkan rundingan dan perbincangan bayaran ansuran tunggakan rumah boleh dibuat tetapi perlu datang ke Pejabat Daerah Sabak Bernam di Unit Hasil. Namun demikian, cadangan penduduk akhirnya diterima iaitu pegawai bertanggungjawab perlu membuat siasatan rumah yang masih ada tunggakan dan turun padang membuat perbincangan dan perundingan bersama penduduk. |
|
Last Updated ( Aug 21, 2008 at 03:07 PM )
|
|
Read more...
|
|
|
Lawatan Pemeriksaan Penggredan Pihak Berkuasa Tempatan |
|
Written by Mimi_Azrina
|
|
Aug 21, 2008 at 08:24 AM |
|
MDSB - akan menerima lawatan Pemeriksaan Penggredan Pihak Berkuasa Tempatan ke Majlis Daerah Sabak Bernam yang akan diadakan pada ketentuan seperti berikut:-
Tarikh : 21hb Ogos 2008 (Khamis) Masa : 9.00 pagi – 5.00 ptg Tempat : Majlis Daerah Sabak Bernam
Diharap semua Kakitangan Majlis Daerah Sabak Bernam dapat memberi kerjasama semasa lawatan tersebut dijalankan. Kehadiran panel pemeriksaan penggredan Pihak Berkuasa Tempatan diucapkan ribuan terima kasih |
|
|
Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Kawasan Dun Sungai Panjang |
|
Written by Mimi_Azrina
|
|
Aug 16, 2008 at 03:32 PM |
|

Majlis pemimpin bersama rakyat ke kawasan Dun Sungai Panjang yang akan dihadiri oleh Y.B Ronnie Liu Tian Khiew selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan akan diadakan pada ketentuan seperti berikut :-
Tarikh : 17hb Ogos 2008 Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Seri Bernam, 45300 Sungai Besar
Kunjungan Y.B Ronnie Liu Tian Khiew ke kawasan Dun Sungai Panjang adalah untuk memberi bantuan kepada fakir miskin, ibu tungal dan orang kurang upaya. Selain itu juga, Y.B akan membuat lawatan ke beberapa kawasan Dun Sungai Panjang untuk bertemu bersama rakyat. Kehadiran Y.B ke Kawasan Dun Sungai Panjang diucapkan ribuan terima kasih. |
|
|
|
<< Start < Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|