Bahasa Melayu | English
 

Kandungan Jurnal

Peristiwa

Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor

5 Mei 2008 (Isnin) – Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor kali ke tiga telah diadakan di Dataran SUK, Shah Alam. Perhimpunan ini bermula jam 8.00 pagi yang dihadiri oleh Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor iaitu Yang Berhormat Tuan Teng Chang Khim, Yang Berbahagia Dato’ Ramli Mahmud Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Yang Berusaha Dato’ Adnan Hj Md Ikshan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor serta Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi-Agensi Peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah.
Perhimpunan pada kali ini semua Ketua-Ketua Bahagian di MDSB telah menghadiri majlis berkenaan. Pada ucapan kali ini Menteri Besar Selangor mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2008 kepada semua yang hadir pada hari berkenaan. Penganjur perhimpunan pada kali ini adalah Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Majlis Kerohanian (Ceramah Agama)

MDSB – 25 April 2008, bertempat di Bilik Gerakan Bunga Mawar telah diadakan program Ceramah Agama (Majlis Kerohanian) bermula dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Baharuddin bin Tamyis.
Majlis ilmu kali ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua MDSB, Ketua Bahagian dan Unit serta kakitangan Majlis Daerah Sabak Bernam.

Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Daerah Sabak Bernam

Sabak Bernam, 6 Februari 2008, telah mengadakan Satu program Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Daerah Sabak Bernam dan aktiviti Senamrobik untuk kakitangan Jabatan Kerajaan Daerah Sabak Bernam. Perhimpunan Bulanan Jabatan kali ke 2 telah dihoskan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam yang diadakan bertempat di Dewan Seri Bernam.
Buat julung-julung kalinya, program senamrobik telah diadakan satu jam sebelum Perhimpunan Bulanan Jabatan dijalankan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Basir Bin Sahir, Ketua Pembantu Tadbir MDSB bagi memohon majlis yang dijalankan pada hari itu dapat berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan. Majlis diteruskan dengan nyanyian koir dari kumpulan koir MDSB.
Untuk perhimpunan pada kali ini Yang Dipertua MDSB iaitu Tuan Haji Zainal Bin Mohd Nor telah menyampaikan ucapan dan amanatnya untuk dijadikan panduan kepada semua penjawat awam di Daerah Sabak Bernam. Antara perkara yang ditekankan oleh beliau ialah berkenaan dengan pencapaian kecemerlangan yang berkait rapat dengan sikap dan minda yang positif untuk mengekal dan meningkatkan tahap produktiviti pekerjaan. Para kakitangan awam diingatkan agar tidak bersikap suka menangguhkan kerja dan membuat kerja secara sambil lewa kerana ianya akan menjejaskan produktiviti pekerjaan.
Tuan Haji Zainal juga turut bercadang untuk menjalankan program membeli sampah seperti yang telah dilaksanakan oleh Menteri Besar Selangor. Beliau amat berharap agar program tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang awam dalam proses untuk mengatasi masalah sampah sarap yang semakin serius di Daerah Sabak Bernam.
Beliau juga turut mengingatkan semua penjawat awam tentang tarikh pilihanraya yang semakin hampir. Semua kakitangan awam diingatkan agar tidak terlalu mementingkan urusan pilihanraya sehingga menjejaskan tugas dan tanggungjawab terhadap Jabatan.
Diakhir ucapan beliau, sekali lagi telah mengingatkan semua kakitangan awam untuk menilai prestasi diri masing-masing dalam usaha untuk memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan yang ada dan seterusnya menanam azam dan cita-cita untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

 

 www.gov.my   www.ekl.gov.my   www.mscmalaysia.my/   www.selangor.gov.my   www.mampu.gov.my   www.e-zakat.com.my/baru/     biro    myid    sms