Bahasa Melayu | English
 

Kandungan Jurnal

Ladang Mangga

        

 

Ladang Mangga ini terletak di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar. Ia terletak kira-kira 6 kilometer dari Pekan Sungai Besar atau 40 kilometer dari Pekan Sekinchan.
Ladang ini diusahakan oleh penduduk tempatan. Pokok pelam yang ditanam disini telah berjaya mengeluarkan buah yang begitu manis dan sedap dimakan.
Jika anda dalam perjalanan dari Kuala Selangor ke Hilir Perak atau sebaliknya yang mana anda melalui Sungai Besar, maka anda tidak mungkin akan terlepas dengan gerai buah-buahan dipinggir-pinggir jalan yang menjual pelbagai buah-buahan terutamanya pelam.
Walaupun pokok pelam ini rendah sahaja tetapi buah yang dihasilkan amat memberangsangkan dan sedap dimakan.
Pada musimnya, pemilik ladang kerap menawarkan kepada para pengunjung untuk berkunjung ke ladanganya untuk menikmati sendiri buah pelam yang dipetik sendiri dari pokoknya. Bayaran yang dikenakan adalah amat murah.
Jadi ayuhlah lekas berkunjung ke Ladang Mangga, Sungai Limau, Sungai Besar.

 

 www.gov.my   www.ekl.gov.my   www.mscmalaysia.my/   www.selangor.gov.my   www.mampu.gov.my   www.e-zakat.com.my/baru/     biro    myid    sms