MENU

 

 

 UNIT PEROLEHAN

MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM

45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR DARUL EHSAN

Tel : 03-32241655/32241000 Ext :204 Faks: 03-32245399/32242766

Email :aduan [at] mdsb [dot] gov [dot] my     Website : http//www.mdsb.gov.my

 

KENYATAAN TAWARAN TENDER

 

Tawaran ini adalah dipelawa kepada SYARIKAT – SYARIKAT YANG BERKELAYAKAN DAN BERDAFTAR DENGAN PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR/ KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA/ LEMBAGA PEMBINAAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) mengikut kod bidang Kerja/ Bekalan/ Perkhidmatan dan berdaftar dengan UPEN dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi melaksanakan kerja-kerja seperti berikut:-

 

BIL

BUTIRAN TAWARAN

KOD BIDANG

PENGKHUSUSAN

DAN PENERANGAN

 

1.

T2023/01 – MDSB/JPP/002/2023 (TT)

Cadangan Pekhidmatan Sewaan Bas untuk Pelaksanaan Bas Smart Selangor bagi Laluan SB01, SB02 dan SB03 di Kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam Tahun 2023.

 

 

221503

 

Perkhidmatan - Penyewaan Dan Pengurusan – Kenderaan / Jentera / Kenderaan Rekreasi

 

SYARAT- SYARAT

 

1.         Pembelian dokumen Tender adalah secara dalam talian dengan melayari laman sesawang Tender Selangor.

 

2.         Penyebut harga perlulah menghantar dokumen Tender beserta dokumen-dokumen seperti berikut:

 

2.1       Salinan Sijil Kementerian Kewangan (KKM),

2.2       Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),

2.3       Salinan Pendaftaran Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN);

2.4       Bayaran pembelian RM200.00 secara online. Resit pembelian hendaklah disertakan.

2.5       Lain-lain dokumen yang disyaratkan di dalam borang.

           

3.         Petender DIKEHENDAKI menghantar Dokumen Tender bersama-sama salinan Sijil Kementerian Kewangan, SSM, Resit Pembelian dan salinan Kad Pengenalan Pemilik Syarikat, salinan Sijil Kelahiran Pemilik Syarikat serta dokumen-dokumen lain seperti yang disyaratkan dalam dokumen tender.

 

4.         Dokumen Tender boleh dibeli secara dalam talian dengan melayari laman sesawang Tender Selangor mulai 18hb Januari 2023 (Rabu) hingga 07hb Februari 2023 (Selasa).

 

5.         Dokumen atau borang tawaran Tender hendaklah diisikan dengan lengkap dan dimasukkan ke dalam sampul surat dan ditulis nombor Tender di sebelah kiri sampul surat tersebut dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di pejabat Bilik Sebutharga dan Tender, Majlis Daerah Sabak Bernam sebelum jam 12.00 tengah hari pada 08 Februari 2023 (Rabu).

 

6.         Majlis Daerah Sabak Bernam tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran Tender. Pihak Penyebut Harga yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 90 hari dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak  berjaya.

 

YANG DIPERTUA,

MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM.

 

 

 

‘BERDAYA BERBAKTI BERKUALITI’

Tender Ref: 
T2023/01 – MDSB/JPP/002/2023 (TT)
Tender Closing Date: 
Selasa, 7 February 2023
Kemaskini Terakhir: Rabu, 1 February 2023 - 4:06pm