MENU
No.   Tajuk Audio  Dengar Lirik/Sari Kata
1. Lagu Negaraku

 

Lagu Negaraku

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

2. Lagu Negeri Selangor Lagu Negeri Selangor

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta

Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu

Bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya

Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

3. Lagu Selangor Bergerak Maju

Lagu Selangor Bergerak Maju

Terbentang Indah Banjaran Gagah
Negeri Makmur Tanahnya Subur
Rakyat Berpadu Aman Sentosa
Selangor Negeri Tercinta

Para Petani Seluruh Negeri
Berpadu Tenaga Mencurah Bakti
Pada Negeri dan Juga Bangsa
Di Bawah Payung Baginda

Maju-Maju Arah Dituju
Kerja Kuat Penuh Semangat
Gagah Berdiri Penuh Berdikari
Matlamat Yang Sungguh Murni

Maju Bangsa Maju Negara
Padu Erat Rakan dan Taulan
Gagah Perkasa Di Mata Dunia
Negeri Selangor Darul Ehsan

4. Lagu Perkhidmatan Awam

Lagu Perkhidmatan Awam

Kita Memegang Amanah Bangsa
Kita Juga Telah Berikrar
Taat setia Korban Tenaga
Bela Bangsa Dan Negara

Etika Kerja Kita Amalkan
Tekun Jujur Dan Berbudaya
Gandakan Hasil Dan Pembangunan
Berkhidmat Bakti Berjasa

Agama Asas Pegangan
Perlembagan Negara Dijulang
Rukun egara Jadi Pedoman
Kitalah Benteng Malaysia

5. Lagu Gemilang Majlis Daerah Sabak Bernam

Lagu Gemilang
Majlis Daerah Sabak Bernam

Pembangunan Perbandaran Mampan
Perkhidmatan Berkualiti
Mewujudkan Bandar Bersih Indah
Kekal Alam Semulajadi

Komunitinya Berbilang Bangsa
Hidup Dengan Aman Sentosa
Pertanian Juga Perikanan
Hasil Bumi Daerah Ini

Kedaulatan Raja Disanjungi
Rakyat Pula Dipayungi
Kemiskinan Dibasmikan
Ekonomi Ditingkatkan
Paradigma Dianjakka
Misi MDSB

Kemaskini Terakhir: Rabu, 13 November 2019 - 11:47am