MENU

PIAGAM PELANGGAN
MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM

  1. Memproses permohonan berkaitan dengan Pelan Bangunan, Pelan Landskap, Pelan Infra, Pelan Jalan, Pelan Lampu Jalan dan Pelan Alamat dalam tempoh 14 hari daripada permohonan
  2. Memberi perkhidmatan pungutan sampah tiga kali seminggu di kawasan taman perumahan dan setiap hari di kawasan Pekan / Bandar
  3. Memastikan kerja-kerja pemotongan rumput dilakukan dua kali sebulan di kawasan Bandar dan sekali sebulan di Kawasan Taman Perumahan
  4. Memproses Aduan Awam dan memberikan maklumbalas status aduan dalam tempoh 14 hari bekerja
  5. Memproses kelulusan penyewaan kemudahanDewan, Balai Raya dan Stadium dalam tempoh 14 hari dari permohonan diterima
  6. Memastikan bil-bil cukai taksiran diproses dan dihantar sebelum 15 Januari bagi penggal pertama dan 15 Jun bagi penggal kedua
  7. Memproses kelulusan pelesenan dalam tempoh kurang 24 jam bagi kategori serta merta
  8. Memastikan semua bil tuntutan pembayaran kerja dan perkhidmatan Majlis dijelaskan dalam tempoh 14 hari.
  9. Memastikan Kertas Siasatan dilengkapkan tiga bulan daripada tarikh kompaun dikeluarkan untuk proses pendakwaan
  10. Memastikan Pemeriksaan Premis Makanan dijalankan mengikut Gred A, B dan C sekurang-kurangnya sekali setahun
Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 September 2017 - 8:12am