MENU


PERLAMBANGAN LOGO BAHARU

JATA NEGERI SELANGOR

Jata ini terdapat di bahagian paling atas logo MDSB. Ia menunjukkan bahawa MDSB dan Daerah Sabak Bernam ini terletak di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan. Maka secara tidak langsung segala perancangan, aktiviti pembangunan mahupun apa-apa sahaja program yang dilakukan adalah tertakluk dan perlu mematuhi dasar-dasar serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

TULISAN NAMA JABATAN DALAM BAHASA JAWI

Melambangkan penghormatan warganya kesucian agama dan tetap memartabatkan tulisan jawi.

TANGKAI DAN BUAH PADI

Lambang ini didapati mengelilingi logo MDSB. Ia menunjukkan bahawa Daerah Sabak Bernam ini mempunyai gunatanah pertanian dari jenis sawah padi sebagai gunatanah yang paling utama di Daerah ini. Aktiviti pertanian sawah padi juga merupakan sumber ekonomi utama bagi penduduk serta seluruh daerah ini.

LAMBANG KAPAL

Lambang ini menunjukkan perikanan adalah penyumbang terbesar di daerah ini selain pertanian. Sektor perikanan yang sedang berkembang dengan wujudnya jeti-jeti nelayan dan ia salah satu tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk mendapatkan sumber perikanan yang segar dan murah.
 

LAMBANG KILANG

Lambang ini menunjukkan bahawa walaupun aktiviti pertanian merupakan aktiviti dan gunatanah yang paling utama di Daerah Sabak Bernam, namun pihak MDSB tidak mengetepikan sektor perindustrian dalam agenda serta perancangan pembangunan bagi Daerah Sabak Bernam sebagai salah satu sumber pendapatan.
 

LAMBANG RUMAH

Lambang ini menunjukkan bidang kuasa pihak MDSB dalam menyediakan kawasan perumahan atau pun penempatan yang selesa untuk didiami, khusus untuk kawasan kediaman para penduduk di Daerah Sabak Bernam. Ia juga menunjukkan bahawa perumahan penyumbang terbesar cukai taksiran kepada pendapatan MDSB.
 

LAMBANG TUMBUH-TUMBUHAN

Lambang ini menunjukkan tumbuh-tumbuhan serta lain-lain sumber semulajadi akan dipelihara dan dikekalkan walau dalam apa jua bentuk perancangan atau kemajuan yang dijalankan di Daerah Sabak Bernam. Sumber ini sebagai salah satu tarikan pelancong dalam dan luar dan ia sedang dimajukan untuk kemudahan infra yang lebih baik.
 

WARNA MERAH DAN KUNING

adalah warna Negeri Selangor

Kemaskini Terakhir: Khamis, 20 July 2017 - 8:47am