MENU

 

 

  Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 

Pertamanya, saya ingin mengucapkan selamat datang ke laman sesawan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB). Diharap dengan informasi yang disediakan ini dapat dijadikan sumber rujukan dan informasi baharu kepada pelawat laman ini.

 

Pekan Sabak, Sabak Bernam bertambah serinya dengan kewujudan Sabak Sentral Mall (SSM) yang menyediakan kelainan kepada pengunjung dengan aktiviti-aktiviti santai, mini market, Restoran Nasi Buloh dan permainan kanak-kanak. SSM ini berdekatan Muzium Sabak Bernam, Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sungai Sabak, gerai-gerai jualan MDSB, pasar basah MDSB dan Hotel Sabak Sentral.

 

Di hadapan Hotel Sabak Bernam pula, cadangan Taman Tema Air Mini sedang diperhalusi untuk menaikkan lagi nilai tambah kepada Sabak Bernam. Taman tema ini akan meningkatkan lagi sosio ekonomi penduduk tempatan  disamping dengan adanya pasar awam, restoran, barang-barang IKS tempatan, chalet dan hotel-hotel berhampiran.

 

Manakala di Mukim Sungai Panjang, kini menjadi tarikan terbaharu, iaitu Taman Kelip-Kelip dan juga lokasi persinggahan burung enggang dan burung flamingo kelabu yang dikatakan jarang ditemui. Dengan adanya tarikan sebegini, ia pasti membuka ruang peningkatan daya tarikan pelancong luar untuk melihat sendiri keunikannya.

 

Disamping mengenalkan lokasi-lokasi terbaharu di Sabak Bernam, MDSB berusaha membantu orang ramai yang ingin menjana pendapatan melalui pengurusan lesen-lesen tertentu. Jumlah keseluruhan lesen yang dikeluarkan pada tahun 2018 ialah sebanyak 5356. Bagi tempoh Januari hingga Februari 2019 pula sebanyak 3131 lesen dikeluarkan. Orang ramai boleh berurusan di Jabatan Pelesenan, MDSB untuk keterangan lanjut.

 

Sebagai maklumat tambahan, kini pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam diserahkan kepada KDEB Management Waste Sdn. Bhd. melibatkan kos sampah domestik sebanyak RM2.1 juta setahun, pengurusan sampah tradisi hampir RM1.9 juta dan pembersihan awam sebanyak RM3.8 juta setahun.

 

Sekian. 

 

Terima kasih,

 

Mohd Faizul Fitri bin Muslil, PPT

Yang Dipertua,

Majlis Daerah Sabak Bernam

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 15 Ogos 2019 - 3:31pm